Kehidupan

Hidup di dunia hanyalah sementara,
Kita hanyalah penunggu kematian,
Kelak akan bertemu pastinya,
Kehidupan sebenar yang hakiki dan abadi,
Sama ada beruntung atau kerugian,
Bergantung!

Kita asal dari syurga,
Kenapa pula ada yang mencari neraka?

Wahai Rabb!
Bimbing kami ke jalan-Mu,
Bantu kami,
Kerana kami hanyalah debu-debu hina penuh kelemahan!

24 Sept 2018



Comments